
Yahoo Japan Auction, merupakan antara pusat lelong online yang terbesar di Jepun. Terdapat pelbagai barangan yang dijual meliputi pakaian, barangan elektrik, hobi, dan lain-lain. Malah, kereta pun ada boleh beli secara lelong disini!!
Namun begitu, terdapat beberapa syarat-syarat sebelum seseorang itu boleh melakukan bidaan secara online di Yahoo Japan Auction, iaitu;
- Yahoo Japan Auction adalah dalam bahasa Jepun. Tidak ada versi English!
- Mesti menetap di Jepun. Pihak penjual tidak akan menghantar barang tersebut ke luar negara, maka individu yang ingin membida mestilah menetap di Jepun.
- Memiliki Yahoo Japan ID.
- Limit membida hanya 5,000 yen sahaja bagi pemilik ID Yahoo Japan yang mendaftar sebagai ahli percuma. Untuk membida barang yang melebihi 5,000 yen, maka pemilik ID Yahoo Japan mesti menaiktaraf keahliannya menjadi Premium, dimana dikenakan yuran keahlian.
Maka adalah mustahil bagi sesiapa yang berada di luar Jepun untuk membida barang yang terdapat di Yahoo Japan Auction.
Lalu, bagaimana caranya?
Baca selanjutnya