Kembali

Penghantaran

  1. Apakah jenis khidmat penghantaran yang JapanAuctions2u gunakan untuk menghantar barang?
  2. Berapa kos penghantaran dalam Jepun?
  3. Berapa kos penghantaran luar Jepun?
  4. Berapa lama barang yang dipesan akan sampai kepada saya?
  5. Apa akan terjadi jika wang diakaun saya tidak mencukupi untuk menampung kos penghantaran?
  1. Apakah jenis khidmat penghantaran yang JapanAuctions2u gunakan untuk menghantar barang?
    • Penghantaran domestik, iaitu dari penjual kepada JapanAuctions2u adalah bergantung kepada pihak penjual. Bagi yang membeli barang menerusi Yahoo Japan Auction, sila rujuk pada Maklumat Penghantaran(Dalam Negara). Manakala bagi yang membeli menerusi Online Shopping, jenis penghantaran adalah berbeza. Namun begitu, kebiasaanya mereka akan menggunakan Kuroneko dan Courier(Sagawa Express).
    • Penghantaran antarabangsa, iaitu barang yang dipesan akan diposkan dari JapanAuctions2u kepada pembeli(iatu anda). Jenis penghantaran ini boleh anda pilih semasa membeli dan boleh diubah selagi ianya belum diposkan. Sila rujuk pada Maklumat Penghantaran(Luar Negara) untuk maklumat lanjut.
  2. Berapa kos penghantaran dalam Jepun?
    • Kosnya bergantung pada jenis perkhidmatan dan saiz(berat) bungkusan yang dihantar.
    • Bagi yang membeli barang menerusi Yahoo Japan Auction, sila rujuk pada Maklumat Penghantaran(Dalam Negara).
    • Manakala bagi yang membeli menerusi Online Shopping, juga bergantung pada jenis perkhidmatan dan saiz(berat) bungkusan. Kebisaannya, mereka akan menggunakan samaada Kuroneko dan Courier(Sagawa Express). Untuk kosnya, boleh dirujuk pada Maklumat Penghantaran(Dalam Negara).
  3. Berapa kos penghantaran luar Jepun?
    • Kosnya bergantung pada jenis perkhidmatan dan saiz(berat) bungkusan yang dihantar. Dan anda boleh memilih jenis penghantaran bagi setiap barang yang dibeli.
    • Bagi yang membeli barang menerusi Yahoo Japan Auction, sila rujuk pada Maklumat Penghantaran(Luar Negara).
    • Manakala bagi yang membeli menerusi Online Shopping, juga sama seperti Yahoo Japan Auction, rujuk pada Maklumat Penghantaran(Luar Negara).
  4. Berapa lama barang yang dipesan akan sampai kepada saya?
    • Untuk penghantaran domestik, secara purata mengambil masa 3 hari untuk sampai ke JapanAuctions2u.
    • Untuk penghantaran antarabangsa, ianya bergantung pada jenis penghantaran yang anda pilih. Jika anda mahu barang tersebut cepat, maka anda disyorkan agar menggunakan EMS. Cuma kosnya mungkin akan mahal jika barang tersebut berat dan besar. Namun jika anda mahukan yang murah, maka gunalah Surface Mail. Agak murah tetapi mengambil masa agak lama(1-3 bulan) untuk sampai ke tangan anda. 
  5. Apa akan terjadi jika wang diakaun saya tidak mencukupi untuk menampung kos penghantaran?
    • Bagi penghantaran domestik untuk Yahoo Japan Auction, barang tersebut akan disimpan di JapanAuctions2u sehingga anda mendepositkan wang mencukupi bagi menampung kos penghantaran. Pihak kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya kos penghantaran tidak mencukupi.
    • Bagi penghantaran antarabangsa, barang tersebut akan disimpan di JapanAuctions2u sehingga anda mendepositkan wang mencukupi bagi menampung kos penghantaran. Pihak kami akan memaklumkan kepada anda sekiranya kos penghantaran tidak mencukupi.