Quick tutorial
Jika anda sudah mendaftar menjadi ahli JapanAuctions2u.com, maka anda boleh mula untuk membida baran-barang di Yahoo Auction Japan secara online. Jika belum, sila daftar terlebih dahulu. Pendaftaran adalah PERCUMA!

Antara syarat untuk membolehkan anda membida secara online, anda diwajibkan untuk mendeposit wang ke akaun kami terlebih dahulu. Dan jumlah yang perlu didepositkan mestilah melebihi dari harga barang yang hendak dibida. Anda boleh menggunakan kalkulator anggaran harga seperti yang terdapat di laman utama JapanAuctions2u sebagai panduan jumlah wang yang diperlukan untuk membida. Sebagai contoh, katakan anggaran keseluruhan adalah 5,000 yen, maka anda perlulah mendeposit wang sebanyak RM205 ke akaun kami.
Di laman utama JapanAuctions2u, terdapat menu bar dibahagian bawah(lihat gambar). Klik pada ikon yang bergambar "Yen"untuk deposit wang.

Kemudian, anda akan dibawa kelaman deposit seperti gambar dibawah. Klik pada "Deposit ke CIMB".

Isi borang deposit seperti gambar dibawah. Maklumat yang diperlukan adalah jumlah yang hendak didepositkan dan tarikh/masa wang akan/telah deposit. Maklumat bank akaun kami(CIMB), juga akan dipaparkan , jadi pastikan anda depositkan wang ke akaun yang ditetapkan. Setelah selesai, klik pada butang "Submit".

Setelah pihak kami menerima pengesahan bahawa wang sudah didepositkan ke akaun kami, jumlah wang yang boleh anda gunakan untuk membida akan dipaparkan di laman utama sebelah kiri panel(rujuk gambar dibawah).

Sekarang, anda boleh mula melalukan carian barang yang henda dibida menggunakan fungsi carian yang terdapat di laman utama JapanAuctions2u seperti dibawah. Masukkan nama produk yang ingin dicari, lalu klik pada butang "Cari produk".

Hasil carian produk akan dipaparkan seperti gambar dibawah. Di sini, maklumat asas hasil carian seperti harga bidaan, baki masa dan gambar akan dipaparkan. Jika barang yang hendak dicari sudah dijumpai, klik pada gambar atau nama barang untuk melihat maklumat terperinci barang tersebut.

Maklumat terperinci barang akan dipaparkan seperti gambar dibawah. Jika anda mahu membida barang tersebut, klik pada butang "Bid this item" yang terdapat di bahagian atas laman tersebut. Atau, jika anda mahu membaca terjemahan dalam English maklumat terperinci barang, klik pada butang "Translate".

Setelah klik pada butang "Bid this item", anda akan dibawa ke laman dimana anda akan mula untuk membida secara online dan real-time. Disini juga, segala maklumat terperinci barang akan dipaparkan. Masukkan jumlah harga bidan anda. Lalu, klik pada butang "Bida sekarang!",

Jika anda telah memenangi bidaan tersebut, pihak kami akan menguruskannya dan menghantar barang tersebut ke tempat anda.
Jika anda masih kurang faham atau terdapat sebarang masalah, sila hubungi kami segera. Kami akan memberikan bantuan.
Home
FAQ
Guestbook!!




